Ah dah lama rase tak menaip blog nih..
tapi arini tah nape rase gatal jer jari ni nak menaip yer..
hmmm nak final exam baru ngade nak bukak blog...study takde mood...aishh...camne nih...
hmm nak ikutkan memang dah takde waktu nak main2 lagi ngn benda alah ni..tp takpe...peraturan sekrang aku yang wat..sebab aku bukan lagi budak2 yg nak kene bimbing..anyway sekarang aku betol2 tak sabar nak cuti semester...cuti ni la yg paling lama aku rase kan..hehe..ceh padahal lom cuti g dah kabar lame..hahakk
sepanjang sem ni macam aktiviri telah aku wat tapi banyak yang membazir dari untungnya..haha..lumrah duniawii yang tak dapat aku elakkan..hua~..
So sebelum membebel dengan lebih lanjut aku nak la kongsi ape yg bole nak kongsi kan iaitu rentetan hidup ku sepanjang semester 2 ni..
ha ni time dinner...dinner eEESA sem 2...
ada lg...
ngn bewok@syahmi cute..hua~
ada lg....
nape bewok jadi putih sangat ni??hehe...heran nenek aku memikirkannye...
aku yang susah kene tolong pikirkan...hmm...
aku pon heran...kalu gambo sesorang...perangai molek jer...tp bile bile reramai kompem jd gini...puas aku cube mengerti tp masih tak dapat dimengertikan dalam erti kata2 yang mapu wat setiap yang membaca atau mendengarkannya memahami ape yang telah terjadi...
kalu rase2 kowang leh bagi jwapan yg baik atau bernas atau lawak atau ape pon yang sewaktu dengannye post ar kat aku..oteh...
Kebosanan yang melanda hati dan perasaanku...he..
The Advantage of "zikir"
THIS IS NOT A FICTITIOUS STORY...
IT IS REAL AND VERIFIABLE ...
Vander Hoven, a psychologist from
Netherlands, announced his new
discovery
about the effect of reading the Quran
and repeating the word ALLAH both
on
patients and on normal persons.
succeed...Ameen
The
Dutch professor confirms his
discovery
with studies and research applied on
many patients over a period of
three
years. Some of his patients were non-
Muslims, others do not speak
Arabic
and were trained to pronounce the
word "ALLAH" clearly; the result was
great, particularly on those who
suffer from dejection and tension. Al
Watan, a Saudi daily reported that the
psychologist was quoted to say
that
Muslims who can read Arabic and who
read the Quran regularly could
protect
themselves from psychological diseases.
The psychologist explained how each
letter in the word "ALLAH" affects
healing of psychological diseases. He
pointed out in his research that
pronouncing the first letter in the
word "ALLAH" which is the
letter (A), released from the
respiratory system, controls
breathing.
He
added that pronouncing the velar
consonant (L) in the Arabic way, with
the
tongue touching slightly the upper
part of the jaw producing a short
pause
and then repeating the same pause
constantly, relaxes the aspiration.
Also,
pronouncing the last letter which is
the letter (H) makes a contact
between
the lungs and the heart and in turn
this contact controls the
heartbeat.
What is exciting in the study is that
this psychologist is a
non-Muslim,
but interested in Islamic sciences and
searching for the secrets of the
Holy Quran. Allah, The Great and
Glorious, says, We will show them Our
signs in the universe and in their
ownselves, until it becomes manifest
to
(remember me in ur Dua) ALLAHU AKBAR
Allah is great .
During the next 60 seconds, stop
whatever you are doing, and take this
opportunity. (Literally it is only 1
minute) All you have to do is the
following: You simply say "A prayer"
for the person that sent you this
message. Next, you send this message
to everyone you know. In a while,
more
people will have prayed for you and
you would have obtained a lot of
people
praying for others. Next, stop and
think and appreciate Allah's power
in
your life, for doing what you know is
pleasing to him. If you are not
ashamed to do this, follow the
instructions.
Allah said, "If you are ashamed of me,
I will be ashamed of you." If
you
are not ashamed, send this
message...only if you believe. "Yes, I
love
Allah. Allah is my fountain of Life
and My Savior. Allah keeps me going
day
and night. Without Allah, I am no one.
But with Allah, I can do
everything.
Allah is my strength." This is a
simple test. If you love Allah and you
are
not ashamed of all the great things
that he has done for you, send this
to
everyone you know, May Allah help you too
POHON SEMALU DENGAN WANITA
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan
bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a.
Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar,
Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan.
Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon
semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit
marah.
Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung
kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil
pengajaran daripada
pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita
perlu mempunyai perasaan malu
(pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita
muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat
kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat
dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya
apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin
senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya
sepohon tumbuhan yang kecil
Jodoh oh Jodoh..
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan akal untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi, spiritual dan fizikal antara keduanya.
Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah antara petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita...haha..wallahualam
”
-Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.
Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
-Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.
Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
-Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.
Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.
Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
-Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.
Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.
Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
-Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.
Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.
Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
-Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.
Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.
Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.
Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
-Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.
Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.
Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.
Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
-Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.
Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.
Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.
Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
-Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.
Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.
Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.
Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.
Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita?
“ Manusia merancang, Allah menentukan.
aku menahan kesakitan..ku tahan-tahan sambil hujan yang tidak henti diluar sana
Hmm malam yang cukup hening...malam dimana semua insan sedang nyenyak dibuai mimpi walaupun sudah tua bangka masih lagi mampu berbuai..haha..
Tak kurang juga dimana insan lain sedang mencari sesuap nasi yang pada hakikat nyata duniawi tak seorang pon yang akan mencari sesuap nasi, nak mampos...hu..kekasaran bahasa berlaku disitu..mestilah cari 10, 20 suap ye tak..???//
Baru kenyang..he
Semua yang hidup harus meneruskan kehidupan selagi mana nyawa tak mahu meninggal kan jasad selagi itulah aktiviti mencari suap menyuap perlu diteruskan..haha..ape kejadahnya aktiviti itu..
tepuk dada tanya minda..ha???ada ker???!!!
nth mana aku tau..
Arghhh kebosanan melanda diri ku saat ini...
jari jemari ku yang lembut bak nyah2 di pinggiran kota menari-nari diatas papan kekunci dimana bahasa melayu telah digunakan disitu lalu menyebabkan insan-insan yang mempunyai iQ yang tinggi tidak memahami nya..keyboard la lolz..hu..paham tak..hahak
aku berfikir sendirian ape lah gune aku hidup kat dunia ni??aku hanya ibarat barisan pelakon tambahan yang mana kalo amek screen shoot tok audition pon belum pasti qualified(wah bahasa jawa..)ape fungsi aku??ape sebenar yang aku perlu buat..?
arghh aku betol-betol tension mencari jawapannya tak kira la tempat nya dimana...aku cari sehingga ke muka surat terakhir buku-buku soalan..manelah tau kot2 jawapan yang aku cari itu ada kat situ..
Tetapi ternyata hanya kehampaan yang ku temui..namun aku tak putus asa untuk mencari lagi..Suatu hari aku telah pergi mengikuti sebuah ceramah...wahhh alim la pulak aku ni yer...tak sangke..sejuk perot mama aku melahirkan aku..
Isi ceramah itu berkisar seakan-akan dan semirip-mirip persoalan yang aku cari selama ini..ceh selama mana tu aku tak pasti la..tak kira la plak..hehe
aku baru tau yang hidup ini sebenarnya tempat dimana kita berlatih, tu bahasa sukan atau bahasa pertanian nye menyemai...
Semai ape??haha..semai la ape ko nak insan yang bergelar manusia..hu..maksudnya semai kebaikan peroleh pahala kebaikan hasil nya itulah yang akan kita bawa nanti untuk meneruskan kehidupan yang selama-lamanya...
pada siapa???//
lol la...pada tuhan pencipta la..Allah subhanahuata'ala..Hanya Allah la kita dijadikan dan hanya kepada Allah sahaja la nanti kita kembali..
hmm aku kini telah mendapat jawapan nye..tapiiiiii...aku..aku..aku..
arghhh..dah bnyak sgt ker amalan aku???dah mampu ker untuk mendapat kan keredhaan nya..aku dah la selalu lalai..mungkin aku tidak pernah tinggalkan kewajipan yang difardhukan..tapi adakah Allah menerima nya..sedangkan aku menunaikan nya dalam keadaan yang kadangkala tergesa-gesa, berkhayal dan mengelamun, ,melengah-lengahkan waktu...dalam hati aku..."ahh aku dah solat...lebih baik dari insan-insan lain yang kat luar sana yang mana kalo mintak beza sejadah dengan tikar pon belom pasti dapat membezakan mana satu.."
hmm langsung aku tak pernah memikirkan kenapa aku tak mahu jadi seperti insan-insan yang dimuliakan Allah..kenapa??arghh kenapa yer..sedangkan itulah yang lebih baik dari membezakan diri dengan orang yang lebih teruk daripada kita..
kekadang aku runsing memikirkan nasib diri aku ini suatu masa nanti...sehingga berbotol panadol ku telan tapi tak baik pon..mangkin sakit nak *tutt....adala...
ah kekasaran bahasa dapat dikawal akhirnya..
Dimana kesudahan nya aku pon tak pasti...namun begitu nyawa dan kehidupan kita didunia ini tetap jua akan berakhir di mana kita akan mengulangi tradisi yang berlaku sejak zaman nabi Adam lagi iaitu kematian..
bila jasad telah disemadikan dan berlaku peralihan alam..dari alam nyata ke alam barzakh...ha siap sedia lah wahai insan..sape yang tak cukup amalan jangan mimpilah nak idamkan kedamaian disana setelah lama diberi kesempatan untul hidup di alam nyata..
aku bertambah takut apabila mengenang kan ia..aku bukan takut tinggal seorang diri disana tapi....aku takut apakah aku diantara insan yang mampu menjawab soalan-soalan yang bakal ditanyakan nanti yang mana pada azali lagi kita sudah mengetahui jawapan nya...dan pada masa talkin dibacakan pon kita diingatkan lagi jawapan-jawapan kepada soalan-soalan yang bakal ditanya nanti...
namun semua itu adalah mimpi indah bagi insan yang jahil...memamg hakikat itu tidak dapat disangkal, tetapi jawapan itu semua bergantung kepada amal kebajikan kita didunia ini..kalo baik alhamdullillah..tapi kalo sebalik nya bagaimana??
itu yang membuatkan aku rase takut...kerana pada masa itu sememangnya sudah tidak ada lagi jalan pulang kedunia untuk aku perbaiki amalan aku..
jadi aku harap pada insan-insan yang bertuah membaca artikel aku yang tak seberapa mulia ini dapat ambil sedikit iktibar..mungkin sape-sape yang rase penulis nye ni mengong owangnya,jangan ingat aku time baca..tapi ingat akan nasib kita nanti di hari muka kelak...
okay la..badan dah makin sakit..hujan dah reda..aku tido dulu la...Assalamualikum..








