ada apa dengan wanita


wanita untuk apakah kau hadir di dunia ini?
sedangkan hati ini masih kagi meniti-niti ruang kebahagian yang dijanjikan darimu..
adakah sememangnya hadir nya aku didunia ini tanpa secubit belaian kasih sayang mu.
wanita, sayup matamu ku lihat akan hadirnya sepintas cahaya syurga yang mampu menerangi kegelapan yang selama ini kurasa sepi sendiri..
aku menanti akan sinaran itu...
tapi semakin ku kejar semakin jauh berpaling cahaya itu..
hatiku berdetik, bilakah ianya akan memancar kearah ku...
ada apa dengan diriku...sehingga diri ini kurasa terlalu hina buat mu insan bernama wanita..
ada apa dengan wanita...?
walaupun jiwa ku parah terjatuh dek akibat mencari cinta suci dari mu..namun fitrah diri ini masih lagi mencari mu..
walaupun kau sukar ku fahami...apa mahu mu sebagai syarat untuk ku merasai titisan cinta mu itu...
cukup bagi ku merasakannya walau hanya sehembus nafas..akan terus ku berusaha untuk menggapai mercu kasih tulus darimu..
aku redha andainya inilah takdir ketentuan dalam sebuah kisah kehidupan ku...

No comments: